Permulaan perniagaan ini bermula pada 17 Disember 1998 apabila pemilik menubuhkan syarikat pertama yang diberi nama Scaf & Salendang Trading. Penubuhan ini menjadi langkah awal dalam menerokai industri tudung dan fesyen Muslimah tempatan.
19 April 2006
Syarikat BAWAL EXCLUSIVE ditubuhkan sebelum tertubuhnya Bawal Exclusive Sdn Bhd
02 Ogos 2013
Bawal Exclusive Sdn. Bhd. telah ditubuhkan secara rasmi, menandakan perkembangan pesat syarikat ini. Sejak itu, jenama Bawal Exclusive terus meraih pengiktirafan dan kepercayaan pelanggan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
07 Ogos 2020
Bawal Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dengan fokus utama kepada pengurusan pemborong dan reseller tudung Bawal Exclusive di seluruh Malaysia, khususnya bagi memperluas rangkaian pengedaran dan memantapkan sistem jualan.
Sejarah Penubuhan Syarikat
17 Disember 1998

Lokasi Ibu Pejabat Syarikat
Bawal Exclusive Crystal Lounge
72, Jln BP 7/8, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor
Sentiasa memperbaharui rekaan tudung bawal seiring dengan permintaan semasa.
Memberi jaminan bahawa produk Bawal Exclusive amat diyakini.
Misi
Meluaskan produk Bawal Exclusive hingga ke pasaran antarabangsa.
Menjadikan identiti Bawal Exclusive gah di persada dunia.
Membawa imej bertudung indah di persada dunia dengan mengeluarkan corak yang terkini.
Menjadikan jenama Bawal Exclusive setaraf dengan barangan berjenama yang lain.
Sejarah Syarikat
17 Disember 1998
Bawal Exclusive diasaskan oleh Puan Haliza Maysuri dan suaminya, En Mohd Rosli Awang, dengan nama Scaf & Selendang Trading.
02 Ogos 2013
Kemudian syarikat ini ini telah menjenamakan semula dengan Nama baru iaitu Bawal Exclusive. Pada peringkat awal, mereka menjual tudung tanpa jenama di pasar malam dan kedai kecil di Arked Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
2006
Bawal Exclusive didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah perniagaan. Perniagaan mereka berkembang pesat apabila mula menghasilkan tudung bawal yang dihiasi kristal Swarovski, menjadikannya lebih eksklusif dan menarik minat pelanggan.
13 Ogos 2020
Sejak itu, Bawal Exclusive terus mencipta sejarah dengan menghasilkan tudung bawal mewah, termasuk tudung termahal di dunia yang bernilai RM100,000, yang diiktiraf dalam ‘Malaysia Book of Records’.

Milestone atau pencapaian penting yang telah dicapai
Sejak penubuhannya, Bawal Exclusive telah mencapai beberapa pencapaian penting yang menonjolkan kedudukannya dalam industri fesyen tudung:
• Kerjasama dengan Swarovski
Cap dagangan Bawal Exclusive telah berjaya didaftarkan secara rasmi, sekaligus memberikan perlindungan undang-undang kepada identiti jenama serta memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam industri fesyen tudung di Malaysia.
Bawal Exclusive juga merupakan satu-satunya branding partner rasmi Swarovski dalam kategorinya, dan satu-satunya jenama tempatan yang diberikan hak eksklusif untuk menggunakan logo penjenamaan Swarovski secara rasmi.
• Mendapat pengiktirafan sebagai pemborong terbesar kristal Swarovski di Asia Tenggara
Bawal Exclusive diiktiraf sebagai salah satu pemborong terbesar kristal Swarovski di dunia, menunjukkan kepercayaan dan hubungan erat antara kedua-dua jenama
• Penghasilan tudung termahal di dunia
Pada tahun 2020, Bawal Exclusive mencipta sejarah dengan menghasilkan tudung bernilai RM100,000, diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal yang pernah dihasilkan.
• Pada setiap tahun, Bawal Exclusive akan menganjurkan majlis berskala besar sebagai tanda penghargaan kepada para reseller atas pencapaian mereka, serta untuk meraikan pelanggan yang sentiasa menyokong jenama ini sehingga dikenali dan dihargai ramai.
Cabaran utama yang telah dihadapi oleh syarikat dan bagaimana ia diatasi
Persaingan dalam Industri:
Industri fesyen tudung di Malaysia sangat kompetitif, dengan banyak jenama baru muncul dan menawarkan pelbagai rekaan menarik. Untuk mengekalkan keunikan dan daya saing, Bawal Exclusive menekankan penggunaan kristal Swarovski dalam setiap rekaan mereka, menjadikannya eksklusif dan berbeza daripada pesaing.
Kritikan dan Persepsi Awam:
Bawal Exclusive pernah menerima kritikan daripada netizen mengenai harga tudung yang tinggi dan gaya hidup pengasasnya. Namun, pengasasnya, Haliza Maysuri, menegaskan bahawa mereka yang mengkritik bukanlah pelanggan sasaran mereka dan tetap fokus pada kualiti serta nilai jenama.
Cabaran Ekonomi dan Permintaan Pasaran:
Seperti perniagaan lain, Bawal Exclusive turut terkesan dengan perubahan ekonomi yang mempengaruhi kuasa beli pelanggan. Untuk mengatasi cabaran ini, syarikat memastikan rekaan mereka sentiasa relevan dengan trend semasa dan memenuhi kehendak pelanggan, sambil mengekalkan kualiti produk.
Produk atau perkhidmatan utama yang ditawarkan
Bawal Exclusive menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan fesyen tudung bawal yang eksklusif dan berkualiti tinggi. Produk dan perkhidmatan utama mereka termasuk:
Cabaran Ekonomi dan Permintaan Pasaran:
Seperti perniagaan lain, Bawal Exclusive turut terkesan dengan perubahan ekonomi yang mempengaruhi kuasa beli pelanggan. Untuk mengatasi cabaran ini, syarikat memastikan rekaan mereka sentiasa relevan dengan trend semasa dan memenuhi kehendak pelanggan, sambil mengekalkan kualiti produk.
Koleksi Tudung Pelbagai Reka Bentuk
Mereka menawarkan pelbagai koleksi tudung dengan reka bentuk yang unik dan eksklusif, termasuk:
Koleksi Bulanan
Rekaan terbaru yang diperkenalkan setiap bulan.
Red Label
Koleksi premium dengan sentuhan eksklusif.
Tabur
Tudung dengan hiasan kristal yang ditaburkan secara artistik.
Mahkota
Rekaan yang elegan dan mewah.
Aksesori Tudung
Selain tudung, Bawal Exclusive juga menawarkan aksesori lain seperti Kerongsang dan pin tudung

Sasaran pelanggan
B2B
Bawal Exclusive menyasarkan disetiap negeri hanya satu Authorized Reseller sahaja.
B2C
Golongan yang berumur bermula 25 tahun dan keatas
Lokasi Mempunyai penduduk yang mempunyai pendapatan antara RM 10,000.00 keatas.
Gaya Hidup Golongan pelanggan yang mempunyai atau menghargai fesyen mewah dan berkualiti tinggi.
Faktor yang membezakan produk Bawal Exclusive daripada jenama lain ialah
kedudukannya sebagai peneraju utama dalam industri fesyen tudung. Setiap rekaan Bawal Exclusive menampilkan kualiti dan eksklusiviti yang tinggi serta sukar ditiru, menjadikannya pilihan utama bagi pelanggan yang mementingkan keaslian dan ketelitian dalam setiap perincian.
Bawal Exclusive merupakan jenama yang telah lama bertahan dalam pasaran, berbanding jenama-jenama lain, kerana kekuatan jenamanya sendiri yang kukuh, dipercayai dan dikenali ramai.
Rekaan Eksklusif dan Terhad
Bawal Exclusive sering mengeluarkan koleksi dalam jumlah terhad, menjadikannya lebih eksklusif dan dicari oleh peminat fesyen. Strategi ini menambah nilai kepada produk dan memberikan rasa istimewa kepada pemiliknya.
Pengiktirafan dan Pencapaian
Penghasilan tudung termahal di dunia bernilai RM100,000 yang diiktiraf dalam Malaysia Book of Records menegaskan kedudukan Bawal Exclusive sebagai peneraju dalam inovasi dan kemewahan dalam industri tudung.
Penggunaan Kristal Swarovski Asli
Setiap tudung Bawal Exclusive dihiasi dengan kristal Swarovski asli, memberikan kilauan dan kemewahan yang sukar ditandingi. Kerjasama rapat dengan Swarovski memastikan keaslian dan kualiti hiasan pada setiap produk.
Kualiti Bahan Premium
Penggunaan kain ‘voil’ berkualiti tinggi yang diimport dari Jepun memastikan keselesaan dan ketahanan tudung. Kombinasi bahan premium dan hiasan mewah menghasilkan produk yang memenuhi standard tinggi pelanggan.
Inovasi atau teknologi yang digunakan dalam produk/perkhidmatan
Bawal Exclusive menekankan penggunaan bahan berkualiti tinggi dalam produk.
Menggunakan kain ‘voil’ yang diimport dari Jepun, yang dikenali kerana kelembutan dan ketahanannya, sebagai asas untuk tudung mereka.
Selain itu, hiasan kristal Swarovski asli dari Austria ditambah untuk memberikan sentuhan mewah dan eksklusif.
Walaupun tidak mempunyai penggunaan teknologi canggih dalam proses pembuatan, penekanan pada pemilihan bahan premium dan perincian hiasan menunjukkan komitmen Bawal Exclusive terhadap kualiti dan keunikan produk mereka.
Inovasi atau teknologi yang digunakan dalam produk/perkhidmatan
Cap dagangan Bawal Exclusive telah berjaya didaftarkan secara rasmi, sekaligus memberikan perlindungan undang-undang kepada identiti jenama serta memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam industri fesyen tudung di Malaysia.
Bawal Exclusive juga merupakan satu-satunya branding partner rasmi Swarovski dalam kategorinya, dan satu-satunya jenama tempatan yang diberikan hak eksklusif untuk menggunakan logo penjenamaan Swarovski secara rasmi.
Puan Haliza Maysuri
Pengasas
Tuan Mohd Rosli Bin Awang
CEO / Pemilik Syarikat dan Pengarah Urusan
Puan Hajjah Haliza Maysuri
Pengarah Pemasaran
Muhammad Zuhairi Syazwan Bin Mohd Rosli
Pengarah Jualan
Putri Batriyshah Farhana Binti Mohd Rosli
Pengarah
Fahim Bin Nazaini
Marketing
Muhammad Zuhairi Syazwan Bin Mohd Rosli
Sales
Nur Farahin Binti Mior Hassan
Assistant Genaral Manager cum Administrative
Muhammad Adib Bin Saaibon Mokhtar
Operation
Nur ‘Afifah Nabilah Binti Ahmi
Accountant
Nurliyana Binti Khairudin
Human Resource
99 Orang Pekerja
Pasaran & Pelanggan
Pasaran utama syarikat
Global
Dubai, London, Paris
Lokal
Diseluruh Malaysia yang berumur 25 tahun dan keatas
Serantau
Ingin membuka cawangan di Jakarta, Singapore dan Thailand
• Pelanggan aktif syarikat
Lebih 12,000
orang pelanggan
Syarikat mengekalkan hubungan dengan pelanggan
Bawal Exclusive mengekalkan hubungan yang kukuh dengan pelanggan melalui beberapa strategi utama:
Persaingan dalam Industri:
Industri fesyen tudung di Malaysia sangat kompetitif, dengan banyak jenama baru muncul dan menawarkan pelbagai rekaan menarik. Untuk mengekalkan keunikan dan daya saing, Bawal Exclusive menekankan penggunaan kristal Swarovski dalam setiap rekaan mereka, menjadikannya eksklusif dan berbeza daripada pesaing.
Pengenalan Koleksi Baharu Secara Berkala:
Dengan melancarkan koleksi terbaharu secara konsisten, Bawal Exclusive memastikan pelanggan sentiasa teruja dan menantikan produk baharu. Pendekatan ini mengekalkan minat dan keterlibatan pelanggan terhadap jenama.
Penghargaan kepada Pelanggan Setia:
Bawal Exclusive mengadakan majlis penghargaan kepada pelanggan setia untuk mendekatkan lagi jalinan antara Bawal Exclusive dan pelanggan serta pengiktirafan untuk peruncit premium terbaik, menunjukkan komitmen mereka dalam menghargai dan menyokong rakan niaga serta pelanggan setia.
Maklum balas pelanggan yang penting adalah menunjukkan kepuasan terhadap kualiti, rekaan dan eksklusiviti tudung Bawal Exclusive walaupun terdapat pelbagai perbezaan pendapat mengenai harga produk.
Strategi Pemasaran & Jualan
Strategi pemasaran utama syarikat
Bawal Exclusive membuat strategi pemasaran dengan menggunakan secara online, offline (pembukaan kedai) media sosial seperti di Instagram, Facebook dan Tiktok dan iklan-iklan seperti di FB ads.
Platform yang digunakan untuk jualan
Website, Instagram dan Kedai Fizikal
Strategi harga yang digunakan
Bawal Exclusive mengamalkan strategi penetapan harga premium yang mencerminkan kualiti tinggi dan eksklusiviti produk. Harga tudung bermula dari serendah RM100 untuk mereka mempunyai budget yang rendah dan boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit bagi pelanggan yang mempunyai budget yang tinggi, bergantung kepada kristal yang digunakan.
Inisiatif promosi atau kempen pemasaran yang berjaya
1. Penghasilan Tudung Bawal Termahal dengan penggunaan Kristal Swarovski pada tahun 2017 bernilai RM 50,000.00 yang telah terjual kepada pelanggan.
2. Penghasilan Tudung termahal yang pernah dihasilkan dan telah memasuki Malaysia Book of Records bernilai RM100,000.00
3. Penggunaan kristal Swarovski yang konsisten mengekalkan lagi identiti jenama serta membina dan mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Kejayaan & Pencapaian
Anugerah atau pengiktirafan yang telah diterima
Pengiktirafan Malaysia Book of Records
Pada tahun 2020, Bawal Exclusive telah menghasilkan tudung bernilai RM100,000.00 yang dihiasi dengan 7,512 kristal swarovski dan menjadikan tudung ini adalah tudung termahal di dunia.
Jemputan Exclusive oleh Swarovski
Jemputan Exclusive oleh Swarovski ke Majlis Makan Malam yang ke 125 tahun yang di adakan di Austria dan dihadiri oleh tetamu VVIP dari seluruh dunia. Syarikat juga berkerjasama dan dikenali sebagai branding partner dengan jenama terkenal dan besar iaitu Swarovski
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Bawal Exclusive telah melaksanakan beberapa inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang menunjukkan komitmen mereka terhadap masyarakat dan alam sekitar. Berikut adalah beberapa program CSR yang telah dijalankan:
1. Program CSR di Warung Makan Sahabat
Pada 15 Jun 2023, pasukan Bawal Exclusive mengadakan program CSR di Warung Makan Sahabat. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membantu golongan yang memerlukan.
2. Lawatan ke Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas
Pada tahun 2019, Bawal Exclusive mengadakan program CSR dengan melawat Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti. Program ini menunjukkan keprihatinan syarikat terhadap warga emas dan usaha mereka dalam memberikan sokongan kepada komuniti.
3. Program CSR di S.I Home Shelter Shah Alam:
Bawal Exclusive turut menjalankan program CSR di S.I Home Shelter Shah Alam, sebuah pusat perlindungan kucing. Inisiatif ini menunjukkan kepedulian syarikat terhadap kebajikan haiwan terbiar.
4. Program CSR Persatuan kanak2 istimewa Hulu Langat, Cheras
Program ini adalah merupakan program bersama dengan Authorized Reseller di seluruh Malaysia bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di luar untuk membantu badan bukan kerajaan yang memerlukan.
Bawal Exclusive menyumbang kepada komuniti atau alam sekitar melalui pelbagai inisiatif CSR yang dijalankan pada setiap tahun. Bawal Exclusive sentiasa menjalankan aktiviti atau program derma di setiap Program CSR yang telah dijalankan.
Pada setiap tahun, Bawal Exclusive akan memberikan derma kepada golongan asnaf, anak yatim, badan-badan kebajikan atau masjid-masjid yang memerlukan bantuan.
Rancangan Masa Depan
Perancangan jangka panjang
Membuka cawangan di luar negara seperti di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Perancangan jangka pendek
Membuka lagi cawangan di pasar raya terkemuka di Malaysia seperti di IOI City Mall.
Rancangan untuk memasuki pasaran baru di luar negara seperti di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Cabaran Masa Hadapan
Persaingan Pasaran: Industri fesyen tudung semakin kompetitif dengan kemunculan jenama-jenama baharu.
Perubahan Ekonomi: Keadaan ekonomi global yang tidak menentu boleh mempengaruhi kuasa beli pengguna.
Peluang Masa Hadapan
Pengembangan Pasaran Antarabangsa: Dengan reputasi yang kukuh, Bawal Exclusive berpeluang untuk menembusi pasaran antarabangsa, memperluas jenama ke peringkat global.
Kolaborasi Strategik: Bekerjasama dengan pereka fesyen atau jenama lain boleh membuka peluang baharu dan menarik segmen pelanggan yang lebih luas.
Pembangunan Produk Baharu: Memperkenalkan produk atau aksesori baharu yang selari dengan identiti jenama.
Maklumat Hubungan
Pelanggan atau pelabur boleh menghubungi syarikat di: